5 CARA UNTUK KEKAL POSITIF

  • by

(Sumber : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/tip-kekal-positif-dan-bermotivasi/)

 

Assalammualaikum Audela Lovers 🖤

 

Kak Dela ada story nak cita kat korang semua. Semalam Kak Dela dapat chat Whatsapp dari group Kak Dela (chat tu rahsia ye tentang apa🤭). Bila Kak Dela baca chat tu, pelbagai perkara yang negatif datang kat kepala Kak Dela(ish tak baik kan). Sedangkan chat yang dihantar tu belum tentu benar lagi sahih betul tak?. Oleh kerana chat tu, Kak Dela tak dapat tenang sebab terfikir tentang chat tu, yela macam mana nak tenang sebab fikir semua yang negatif je betul tak? 😅. Sampai la pagi tadi Kak Dela sembang dengan Mak Kak Dela tentang tu, ingat Mak Kak Dela sokong , tapi sayangnya Kak Dela yang diceramah olehnya😿

Mak Kak Dela cakap macam ni “kenapa selalu fikir negatif?, sedangkan benda tu belum tentu betul. Cuba fikir semua benda yang terjadi pada kita secara positif? Baru la hidup kita tenang.”, oleh disebabkan teguran Mak Kak Dela tu, Kak Dela pun terfikir, betullah apa yang dikatakan oleh Mak . Hidup kita memang kena sentiasa positif. Tapi nak positif tu, kena ada cara yang betul jugak kan. Jadi Kak Dela pun taknak hidup positif sorang-sorang, Kak Dela nak semua Audela Lovers STAY POSITIF SETIAP HARI juga🌷.

Jom kita ketahui macam mana nak jadi postif dan amalkan setiap hari. Kita  jadi orang yang hidup positif sama-sama :

  

1.    Bersyukur

(sumber : https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/doa-agar-dijadikan-orang-yang-rendah-hati/)

Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada. Dengan bersyukur maka kita akan sentiasa mempunyai hati yang tenang dan sentiasa berfikiran positif.mungkin kita semua pernah mempunyai perasaan cemburu atau dengki terhadap orang memiliki sesuatu yang tidak dapat kita miliki (Kak Dela selalu cemburu dengan Kakak Kak Dela.hihi🤭), akan tetapi kalau kita melihat kembali atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan mensyukiri nikmat yang diberikat, maka inshaAllah Allah SWT akan memberikan lebih ganjaran  dan ketenangan jiwa.

 

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

 

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (12)

 

2.    Memaafkan

(sumber : https://today.salamweb.com/ms/memaafkan-sifat-terpuji-rasullullah-saw-yang-patut-dicontohi/)

Memaafkan ni bukan bermaksud kita maafkan orang lain je tau, “ehh Kak Dela ni, lepastu nak maafkan siapa pulak?” .. hahaha maksud Kak Dela, korang kena maafkan diri korang dulu. Macam mana nak maafkan diri korang? Korang kena terima kesalahan diri korang, kalau ada buat silap, korang kena la perbaiki diri korang, minta maaf kepada orang lain , baru korang akan hidup dengan tenang. Semestinya, kalau ada sesiapa yang meminta maaf kepada kita, kita haruslah maafkan mereka dengan hati yang terbuka. Ingat bukan maafkan orang yang minta maaf dengan kita je, tapi kita maafkan jugak orang yang mungkin ada buat salah dengan kita, tapi tidak minta maaf kepada kita. Kita kena ingat satu perkara “semua orang ada kekurangan masing-masing dan lakukan kesilapan”.

 

3.    Bersabar

(sumber : https://perkarahati.com/2018/03/29/3-macam-sabar-dan-ketinggian-derajat-pahalanya/)

Setiap orang pasti mempunyai masalah yang menimpa, akan tetapi kita haruslah bersabar dengan apa yang dilalui oleh kita. Bagi Kak Dela , bersabar adalah kunci untuk kita sentiada positif. Kalau kita biarkan perasaan negatif menguasai kita, korang rasa apa yang akan berlaku? Sudah semestinya hidup kita akan sentiasa tidak harmoni. Jadi korang . kita harus bersabar dalam apa saja rintangan yang dihadapi💪

 

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

 

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim)

 

4.    Sentiasa senyum dan ketawa

(sumber : http://pantunmelayu.com/pantun-senyum)

Senyum adalah kunci utama untuk menunjukkan bahawa semua OK (walaupun sebenarnya tak ok kan😂). Jangan risau sebenarnya dengan senyum setiap masa akan membuatkan kita sentiasa tenang dan berfikiran positif. Apabila kita selalu senyum, maka tekanan/stress yang kita hadapi akan hilang. Apabila kita tidak mempunyai tekanan, hidup kita akan sentiasa mempunyai energi yang ceria😄.

 

5.    Aktifkan diri

(sumber : https://siraplimau.com/manfaat-bercuti-pantai-bagi-keluarga-anak/)

Aktifkan diri penting tau untuk mengawal emosi korang. Korang aktifkan lah diri dengan melakukan perkara yang dapat membuat korang gembira, contohnya berjoging, berriadah dan sebagainya. Kalau Kak Dela, Kak Dela akan bermain dengan adik-adik Kak Dela , sebab kalau Kak Dela bermain dengan adik –adik , emosi Kak Dela akan sentiasa gembira. Ini akan membantu kita untuk sentiasa berfikiran positif. Kalau korang tak percaya cuba korang buat 😆

Itu sajalah tips dari Kak Dela harini. Kak Dela kongsikan tips ini adalah untuk korang sentiasa hidup dalam keadaan yang positif. Kalau kita sentiada berfikiran positif, hidup kita akan sentiasa tenang dan aman harmoni. Tidur kita akan lebih lena tau😉.

 Jadi apa lagi, jom kita amalkan tips ini setiap hari!! 🌈

Assalammualaikum 🖤

 

Sumber :

 

·         http://elaila.net/10-cara-untuk-kekal-positif-setiap-hari/

·         https://imanpublication.com/5-cara-untuk-kekal-berfikiran-positif/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *