5 MAKANAN YANG BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN

  • by

(sumber : https://baituljannah.com/redaksi/6016-bila-lihat-berat-naik-aje-mula-salahkan-timbang-perhatikan-5-kesilapan-dalam-menimbang-yang-anda-selalu-lakukan)

 

Hi Assalammualaikum Audela Lovers 💙

Oleh disebabkan blog Kak Dela semalam tentang berat badan, jadi harini Kak Dela nak kongsikan sedikit tentang makanan yang dapat menurunkan berat badan 😘. Korang dah baca ke belum blog Kak Dela post semalam? Rugi tau kalau korang tak baca, kat situ macam-macam rahsia Kak Dela beritahu. Ok kita lupakan dulu blog Kak Dela semalam tu, kita baca blog Kak Dela harini punya dulu OK!

Korang pasti bila nak kuruskan badan , tak tahu nak makan apa kan, bila pergi pasaraya pening nak beli apa. Jangan risau anda bukan keseorangan, Kak Dela pun pernah merasainya huhu😝. Oleh disebabkan masalah yang sering melanda itu, jom Kak Dela beritahu makanan yang dapat menolong kita menurunkan berat badan.

 

Makanan yang dapat menurunkan berat badan

 

1.    Oat

(sumber : https://www.medicalnewstoday.com/articles/311409)

Oat memang terkenal dalam kalangan orang yang mahu menurunkan berat badan. Kenapa oat terkenal kepada golongan orang yang mahu menurunkan berat badan? Ini kerana, mereka yang makan oat akan mudah untuk kenyang, ini akan menyebabkan mereka akan mengurangkan makanan yang mereka makan dari kebiasaanya. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan oat pada waktu pagi dapat meningkatkan rasa kenyang lebih 4 jam berbanding sarapan dengan makanan lain.

 

2.    Beras perang

(sumber : https://jiwasihat.com/nutrisi/khasiat-oat/)

Ramai yang tanya Kak Dela, “Beras perang dapat kuruskan berat badan ke?” jawapan Kak Dela adalah YA. Beras perang memang dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan . kenapa? Kerana beras perang mengandungi kadar serat yang sangat tinggi. Serat yang tinggi dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama lalu akan membolehkan kita mengurangkan pengambilan nasi atau makanan dalam aktiviti seharian kita. Ia dapat mengawal pengambilan makanan kita. Dengan pengambilan beras perang sebagai makanan untuk menurunkan berat badan memang pilihan yang sangat bagus 👍.

 

3.    Telur

(sumber : http://www.astroawani.com/berita-dunia/lelaki-maut-selepas-bertaruh-telan-50-biji-telur-221911)

Telur sering dikaitkan dengan mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Tapi korang tahu tak bahawa kajian yang telah dijalankan keatas 60 wanita yang obes membuktikan bahawa memakan telur untuk sarapan pagi lebih cepat menurunkan berat badan berbanding memakan roti. Dipercayai bahawa dalam kuning telur mengandugi protein yang tinggi , yang mana apabila kita mengambil protein pada waktu pagi dapat meningkatkan rasa kenyang dan menambahkan tenaga. Oleh disebabkan itu, kita tidak akan berasa lapar.

 

4.    Kacang

(sumber : https://siakapkeli.my/2019/09/29/makan-kacang-pun-boleh-kurus-biar-betul-baca-ni-dulu/)

Universiti Harvard telah melakukan ujian, bahawa memakan sebilangan kecil kacang setiap hari mambu membantu mengekalkan berat badan. Pasti ramai yan tertanya-tanya . “betul ke kajian ni?”, jawapannya adalah betul, kerana kajian ini telah dilaksanakan dengan cara menjejaki seramai 300,000 orang yang dilakukan selama dua dekad tau. Dan hasil dari kajian yang dorang lakukan menunjukkan bahawa memakan gram kacang setiap menurunkan berat badan dan kurang cenderung menjadi obes.  Jadi korang kalau nak kurus selalu la makan kacang,, mmm soo sedap🙂.

 

5.    Kopi

(sumber : https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/655/Kebaikan-Dan-Khasiat-Kopi)

Ini adalah berita gembira kepada penggemar kopi, siapa sangka kan air yang hitam lekat ni, mampu membantu menurunkan berat badan kita. Kafein yang terkandung dalam kopi ini mampu membakar lemak. Kopi ni juga boleh meningkatkan kadar metabolisma badan kita tau, bahkan banyak produk-produk untuk kuruskan badan menggunakan kopi sebagai salah satu bahan yang terkandung didalamnya.

Haa itu adalah 5 jenis makanan yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. Kenapa Kak Dela beri 5 je? itu kerana Kak Dela kongsikan makanan yang senang untuk korang dapati. Makanan yang Kak Dela kongsikan itu, korang boleh dapati di mana-mana sahaja pasaraya mahupun kedai runcit. Jadi korang tak perlulah susah payah mencari bahan tersebut kerana sudah tersedia dimana-mana pasaraya atau kedai berhampiran dan harga pun berpatutan. Kalau Kak Dela beritahu buah, nanti korang jugak yang susah untuk dapatkanya betul tak? 😉.

Korang yang mahu turunkan berat badan boleh amalkan makan makanan tersebut, Kalau Kak Dela dulu-dulu memang Kak Dela amalkan, tapi bila dah kerja ni dah tak sempat nak buat itu semua, Kak Dela minum Mocha Ft keluaran Audela je .. huhu🤭. Dalam Mocha Ft memang mengandungi oat, beras perang dan kopi yang mana memang terbukti boleh menurunkan berat badan.

Itu saja yang Kak Dela boleh kongsi dan bantu korang untuk korang dapatkan badan seperti yang diidamkan. Goodluck Korang 😘.

 

Assalammualaikum 💙

 

Sumber

·         https://jiwasihat.com/nutrisi/khasiat-oat/

·         https://www.bidadari.my/khasiat-beras-perang/

·         https://www.honestdocs.id/makanan-untuk-diet-menurunkan-berat-badan

·         https://siakapkeli.my/2019/09/29/makan-kacang-pun-boleh-kurus-biar-betul-baca-ni-dulu/

 

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *