2. Penjagaan Makanan
Tertanya bagaimana hendak cantik dalaman dan cantik luaran ?
Pemakanan antara punca utama dapat membantu kita cantik dalaman serta luaran.
Oleh sebab itu, wanita Korea sangat mementingkan penjagaan dalaman dan juga luaran dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Dengan itu, mereka tidak mengambil makanan yang berminyak dan memilih pemakanan yang tinggi antioksidan.
Makanan yang tinggi antioksidan tentu sekali dari sayur-sayuran serta buah-buahan iaitu antaranya teh hijau, tomato, timun, lobak, aprikot, acai berry dan banyak lagi.
Mereka mengambil sekurang kurangnya 6-8 jenis sayuran dan buah-buahan dalam makanan harian mereka.