7 “IDEA SYIOK” YANG UOLS BOLEH BUAT DI RUMAH! UNTUK WANITA BERKEJAYA

  • by
Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Audelalovers 💜

Haa semua bosan duduk di rumah ke tuu? Baru-baru ni kan Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dah buat pengumuman yang kita semua kena duduk di rumah dan jangan balik ke kampung atau keluar melepak-lepak bersama rakan di restoran mamak atau dekat mana-mana tempat.. Perdana Menteri kita amatlah prihatin kepada rakyat Malaysia supaya kita semua selamat daripada virus tersebut. Dalam tempoh ini, kita kenalah berada di rumah sahaja dengan ini dapat memberi peluang untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tersayang ❤

Kepada semua rakyat Malaysia janganlah berdegil ye untuk keluar dari rumah tu.. Ingatlah kepada keluarga tersayang dan juga nyawa kita sendiri.. Marilah kita sama sama menjaga kesihatan serta menjaga kebersihan. Semoga negara kami dijauhkan dari penyakit Covid-19 ini.

Harini Kak Dela hanya kerja di rumah sehingga 31 Mac 2020 dan inilah masanya Kak Dela nak berkongsi sedikit tentang 7 “idea syiok” yang uols boleh buat di rumah untuk wanita berkejaya semasa tempoh kawalan pergerakan.

1. INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK “SPRING CLEANING”!

Hmm bagi yang selalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mengemas rumah inilah masanya untuk kita buat gotong-royong di dalam rumah. Dalam waktu ini kita boleh la bahagikan tugas kepada semua anak-anak, suami atau isteri.

Haa inilah peluang untuk membersihkan rumah yang penuh dengan sawang-sawang dan berhabuk. Kita juga boleh mengasingkan barangan yang tidak lagi digunakan seperti baju-baju yang masih elok, buku-buku atau perabot.

Haa masa inilah kita boleh cari duit lebih, dengan semua barang-barang ini kita boleh buat jualan “Preloved Item” di laman Carousell, Instagram atau di Facebook anda semua.



2. KUMPUL IDEA UNTUK UBAHSUAI RUMAH

Tak lama lagi kan kita dah nak berpuasa dan menyambut hari raya nanti mesti kita nak rumah kita dihiaskan dengan penuh cantik dan kemas kan!

Apa lagi yang kita tunggu tu, marilah kita mengajak semua ahli keluarga beramai-ramai mencari idea yang lebih kreatif di aplikasi Youtube ataupun Google untuk “rearrange” perabot atau landskap taman di rumah supaya nampak lebih meriah pada hari raya nanti.

3. BELAJAR RESEPI BARU & MASAK UNTUK KELUARGA

Berada di rumah ini bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang tetapi ia juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak seperti memasak makanan-makanan yang sedap dan membantu ibu memasak di dapur.

Jika kita mahu meringankan beban ibu memasak di dapur, anak-anak boleh belajar memasak makanan yang “simple” sahaja serta boleh mendapatkan resepi di Google, Instagram, Facebook dan Youtube.

Jadi kita tidak perlulah membazir duit untuk membeli makanan di luar.

4. ERAT SILATURRAHIM BERSAMA FAMILY, SAUDARA, UNIMATE, SCHOOLMATE

Kita semua kan tidak boleh keluar selama 2 minggu disebabkan virus tersebut. Bagi mereka yang terlalu mahu melepak dan keluar berjumpa dengan keluarga ataupun kawan-kawan, jangan risaulah, sekarang ni kan zaman teknologi, korang boleh menggunakan aplikasi “Facetime, Skype, Videocall, WhatsApp” dan banyak lagi!

Jadi korang semua tidaklah bosan sangat  duduk di rumah.

5. HAFAL SURAH-SURAH PENDEK, PANJANG LAGI BAIK!

Kak Dela masih teringat lagi zaman kecik-kecik dulu, selalu ada masa untuk pergi belajar mengaji dan menghafal setiap surah yang pendek pada setiap malam bersama ustaz, ibu dan ayah. Korang mesti teringatkan zaman dulu-dulu! Alahh, rindunya zaman dulu hihi..

Hm apabila dah makin dewasa dan makin matang ni kita hendaklah banyak sibukkan diri kita dengan mengaji dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Jadi apabila kita berada di rumah selama 2 minggu, inilah peluang untuk kita membaca Al-Quran dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Oleh itu, sekarang ini kan semua masjid atau surau terpaksa ditutup disebabkan wabak virus tersebut jadi inilah masanya kita berpeluang untuk solat berjemaah bersama keluarga.

 6. BUKA NETFLIX, TONTON MOVIE KEGEMARAN

Ingat lagi tak pesanan daripada Perdana Menteri kita baru-baru ni? Haa tak ingatlah tu!! Meh Kak Dela ingatkan semula, “duduklah diam diam di rumah dan tengoklah televisyen, HBO ke apa-apa.. tak ada masalah asalkan kita tinggal dan duduk di  rumah, just stay at home”.

Itulah pesanan daripada PM kita agar dapat peluang meluangkan masa bersama keluarga seperti menonton filem atau drama kegemaran anda. Kalau anda peminat drama Korea, hah masa ini la nak habiskan episod yang banyak tu kan. Anda boleh layan filem atau drama mengikut genre yang anda suka seperti seram, aksi, cinta atau banyak lagi.

Banyak lagi masa anda di rumah untuk menghilangkan “stress” anda boleh mencari pelbagai jenis cerita dan boleh menonton “movie” di NETFLIX.

7. BELAI & MANJAKAN DIRI

Mesti setiap hari nak pergi kerja selalu “rushing” apabila nak bersiap mandi pun “fast track” je. Kadang-kadang hari hujung minggu pun sibuk dengan basuh baju di dobi, kemas rumah sampai tidak sempat nak membelai diri untuk mencantikkan wajah dan menjaga kebersihan diri kita.

Jadi inilah masanya, kita dapat “scrub” muka atau badan kita, belailah diri dan “spring cleaning” semua celahan. Barulah rasa segar sedikit serta lebih yakin dan cantik pada diri kita.

Hah jelas tak apa yang Kak Dela cuba nak sampaikan, banyak lagi aktiviti  anda boleh buat bersama keluarga. Okay rasanya itu sahaja yang Kak Dela ingin kongsikan dan selamat mencuba kepada semua penggemar blog Audelabeauty 😘

#ICAREYOU
AUDELA
Makin Muda Makin Sihat
Setiap Hari
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *