7 SAYURAN YANG BOLEH TINGKATKAN IMUNISASI BADAN

  • by

(sumber dari https://www.tribunnews.com/kesehatan/2020/03/18/daftar-buah-dan-sayuran-yang-bagus-untuk-sistem-kekebalan-tubuh)

 

Sudah seminggu lebih Kak Dela berkurung di rumah disebabkan tempoh kawalan pergerakan ini.. Hmm semua mesti rasa lapar dan asyik nak makan makanan berat atau makanan ringan seperti burger, mee segera, biskut, coklat dan sebagainya apabila berkurung di rumah sepanjang hari.

 

Tak apa, jangan risau… Mocha FT kan ada hehe ia dapat mengenyangkan perut selama 4-5 jam, ia juga dapat meningkatkan imunisasi badan serta dapat membuang toksin dalam badan. Jika anda mahu mencuba atau membeli Mocha ft dengan segera.. Anda boleh mendapatkan nombor kami di website Audelabeauty 💜

Haa kali ini Kak Dela mahu berkongsi kepada semua pembaca Audelabeauty tentang 7 sayuran yang boleh meningkatkan imunisasi badan.

Memandangkan kini satu dunia sedang menentang dan takut dengan Covid-19, ramai di kalangan rakyat Malaysia mencari makanan yang lebih sihat untuk badan menjadi lebih kuat dan melawan sebarang virus yang datang.  Apabila sistem imunisasi badan kita tinggi, badan kita akan terhindar dari sakit seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya.

Seperti yang dijanjikan 7 sayuran yang boleh meningkatkan imunisasi badan daripada diserang virus iaitu 👇

1. RHUBARB

(sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Rubarb)

Anda semua tahu apa itu rhubarb? Mungkin tidak semua orang tahu, rhubarb adalah tumbuhan saka herba dengan tumbuhan yang berdaun. Tanaman ini memiliki daun-daun besar yang beracun tetapi batangnya boleh dijadikan bahan makanan sihat dan sangat sedap..Haa kepada anda semua, nak tahu tak, dalam Mocha FT pun terdapat bahan yang berkhasiat ini iaitu rhubarb. Antara khasiatnya adalah..

  • Mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin B9, kalium dan juga kalsium.
  • Mengandungi kalori yang rendah.
  • Dapat mengurangi risiko beberapa jenis penyakit radang paru-paru, anemia dan penyakit sistem kardiovaskular.
  • Menguatkan sistem imunisasi dalam badan kita, mengembalikan fungsi normal sistem pencernaan dan meningkatkan fungsi visual.

(sumber dari https://may.naturalhealthtools.com/vse-o-revene.htm dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Rubarb)

Wahh banyak juga khasiat rhubarb ini. Walaupun Kak Dela tak pernah makan tetapi rhubarb ini jarang berada di Malaysia dan susah untuk dicari. Tak apa, dalam Mocha FT kan ada hehe.. Banyak bahan khasiat yang baik dalam Mocha FT itu dan jangan lupa tau beli Mocha FT!!

2. BAYAM

(sumber dari https://www.mstar.com.my/niaga/2014/04/07/bayam-murah/)

Amalkan makan sayur bayam ini kerana..

  • Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin E, flavonoid dan carotenoid.
  • Mengandungi sumber zat besi yang tinggi.
  • Mempunyai kalori yang rendah.
  • Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal dan meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit.

(sumber dari https://www.rasa.my/13-manfaat-sayur-bayam-yang-popeye-suka-makan-tu-bukan-saja-saja-tau-ada-mesej-berguna-disebalik-kartun-ni/)

Kak Dela biasanya masak sayur bayam tumis air sahaja dan makan dengan nasi putih berserta ikan panggang. Grr.. Alamak perut berbunyi lah pulak, apa lagi yang kita tunggu tu.. Ayuh kita masak sekarang!!

3. BROKOLI

(sumber dari http://www.jomstadi.com/2013/02/5-makanan-hijau-kuasa-penyembuh.html)

Sayur brokoli mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita..

  • Kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, polifenol, karotenoid dan juga flavanoid.
  • Mempunyai kalori yang rendah.
  • Ia menyokong kesihatan sistem imun dalam badan dan membantu menurunkan berat badan.
  • Dapat mengurangi risiko beberapa jenis penyakit kanser iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru.

(sumber dari https://www.rasa.my/khasiat-brokoli-yang-ramai-tak-tahu-lepas-ni-boleh-amal-makan/)

Cara memasak sayur brokoli adalah dengan merebus atau mengukus selama lima minit sahaja. Kak Dela hanya suka makan sayur brokoli yang digoreng bersama minyak zaitun dan yang dikukus. Sayur brokoli ini boleh dimasak dengan pelbagai resepi iaitu sup brokoli berkrim, cucur brokoli, sayur campur dan banyak lagi!!

4. BAWANG PUTIH

(sumber dari http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/9-sayuran-yang-anda-tidak-perlu-beli-sepanjang-hayat)

Khasiat bawang putih memang diketahui dan bagus untuk kesihatan manusia kerana..

  • Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, thiamine, kalsium dan fosforus.
  • Mempunyai khasiat sebagai antibiotik semulajadi.
  • Membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
  • Dapatmengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk serta dapat mengelakkan penyakit serangan jantung.

(sumber dari https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.244/khasiat-bawang-putih.html)

Jadi kepada ibu-ibu yang suka memasak sup ayam, sup sayur atau makanan lain dan jangan lupa banyakkan letak bawang putih ye hihi.

 

5. HALIA

(sumber dari https://shopee.com.my/HALIA-BENTONG-BENTONG-GINGER-(1kg)-i.31897625.2102455759)

 

Halia ini bukan sahaja untuk membuang angin di dalam badan. Malah banyak khasiat dan manfaat lain iaitu..

  • Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, fosforus dan kalsium.
  • Dapat merawat pelbagai penyakit seperti cirit-birit, sakit tekak, sakit kepala dan sistem pencernaan bermasalah.
  • Bersifat antibakteria dan sangat sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
  • Ia juga mengurangkan rasa muntah seperti loya dan mual apabila badan rasa tidak sihat.

(sumber dari https://www.mingguanwanita.my/8-jenis-makanan-tingkatkan-sistem-imunisasi-pastikan-ada-dalam-senarai-bila-beli-barang-dapur/dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Halia)

Kak Dela suka memasak bubur ayam, ayam masak halia dan banyak lagi.. Malah halia ini boleh juga dibuat minuman seperti air halia, air teh halia ataupun  air halia bercampur lemon. Tak kiralah nak buat air sejuk atau air panas, tetapi lebih baik menggunakan air panas.

6. UBI KELEDEK OREN

(sumber dari https://denaihati.com/khasiat-ubi-keledek-pelbagai-saiz-bentuk-dan-bilangan)

 Ubi keledek oren banyak khasiat dan manfaat selain rasanya manis dan lembut. Antara khasiatnya adalah..

  • Mengandungi vitamin C, vitamin B6, magnesium dan anti-oksidan.
  • Mempunyai sumber zat besi.
  • Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka di seluruh badan, menampilkan kesan awet muda dan kulit yang anjal.
  • Dapat merawat pelbagai penyakit seperti selsema, virus influenza, sakit buah pinggang dan sakit jantung.

(sumber dari https://www.bidadari.my/khasiat-ubi-keledek/ dan https://www.aynorablogs.com/2019/01/khasiat-keledek-oren-rebus-dalam-diet.html)

Kak Dela memang suka makan ubi keledek oren ni, pelbagai jenis kuih seperti cek mek molek, kuih keria, kuih koci keledek oren dan banyak lagi boleh dibuat menggunakan ubi keledek oren ini. Tak semestinya kuih sahaja, pelbagai jenis masakan pun boleh dimasak seperti bubur ubi keledek oren, ayam gulai keledek oren, dan sebagainya. Emm sedapnya , haa tak tahu nak ambil resepi yang mana, anda boleh melayari di Youtube, Facebook, Instagram, Google dan banyak lagi di media sosial.

7. KUNYIT

(sumber dari https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/manfaat-kunyit-untuk-kesehatan/)

 Kunyit juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita..

  • Terdapat komposisi nutrien iaitu tenaga, protein, karbohidrat, dan serat.
  • Mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin C, anti-oksidan dan magnesium.
  • Berkesan untuk melawan keradangan, mengempiskan perut kembung dan menurunkan berat badan.
  • Dapat merawat selsema atau mengurangkan rasa muntah seperti mual dan loya.

(sumber dari https://siraplimau.com/makanan-terbaik-untuk-antibodi/, https://jiwasihat.com/nutrisi/khasiat-daun-kunyit-yang-ramai-tidak-tahu/ dan https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/manfaat-kunyit-untuk-kesehatan/)

Kunyit boleh digunakan untuk memasak ayam, ikan, daging untuk digoreng seperti ayam masak kunyit, daging masak kunyit dan lain-lain resepi. Haa jangan lupa banyakkan letak kunyit sedikit dan kurangkan garam tu ye.. Selain untuk masakan, kunyit juga banyak khasiat untuk kesihatan atau kecantikan. Kak Dela biasa jadikan kunyit ini sebagai masker muka, selepas diletakkan di muka untuk 10 minit sahaja, muka Kak Dela terasa lembut dan lembap sahaja.. Anda semua boleh la cuba di rumah. Tapi jangan letakkan terlalu banyak dan lama di muka tu takut-takut nanti jadi kuning je macam Spongebob.

 Pastikan semua bahan-bahan lengkap ada di dapur ataupun mesti senaraikan dulu semua bahan tersebut apabila membeli barang dapur tauu!! Ingat, kalau nak keluar beli barang-barang tersebut kita mestilah mengambil langkah selamat.

(sumber dari https://www.tomsguide.com/news/where-to-buy-hand-sanitizer)

 

Sentiasa berhati-hati dan jangan lupa memakai topeng muka atau “hand sanitiser” ketika mahu keluar dari rumah yee.. Ikhlas daripada pesanan Kak Dela ✨

Itu sahaja Kak Dela nak sampaikan semua kepada pembaca Audelabeauty 💖

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *