APA ITU TABLIGH?

  • by
Bissmillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum kepada yang penggemar blog di website Audelabeauty..

Hai Audelalovers, harini Kak Dela nak berkongsi sedikit tentang “Apa itu Tabligh” walaupun tak berkait dengan kecantikan dan kesihatan tapi apa salahnya Kak Dela nak berkongsi sedikit untuk kebaikan kepada semua orang. Bak kata orang “Jangan kedekut ilmu, ilmu itu pelita hidup”.

Iyalah baru-baru ini kita sering mendengar berita mengenai Jemaah tabligh yang mengikuti program keagamaan di Masjid Sri Petaling kan, jadi mungkin ada yang pertama kali mendengar perkataan Tabligh tu atau ada yang sudah mengetahui tetapi sedikit keliru tentang apa itu Tabligh?

haa nak tahu lebih lanjut ? Jom kita ramai-ramai baca dibawah ini! APA ITU TABLIGH?

Maksud Tabligh adalah menyampaikan ilmu kepada umat islam seperti belajar dan mengajar tentang ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim dan ulamak.

Tabligh ini berasal dari bahasa Balgha, Yablighu, Tablighu” yang bermaksud menyampaikan.

(sumber https://demiislam.wordpress.com/tag/tabligh/)  

APA ITU JEMAAH TABLIGH?

Jemaah Tabligh (“Kelompok [1] Penyampai”) (Bahasa Arab: جماعة التبليغ , juga disebut Tabligh) ialah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh. (sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Jemaah_Tabligh).



Kak Dela pasti mesti ada diantara kita yang pernah melihat jemaah-jemaah Tabligh ini di surau atau masjid berhampiran dengan rumah anda kan?

Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang mereka lakukan, kebiasan mereka akan berhenti seketika di surau atau masjid untuk solat atau membersihkan diri sebelum mereka melakukan aktiviti dakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah-risalah tentang agama islam. Kebiasaannya jemaah Tabligh ini akan menyampaikan ilmu agama kepada semua dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Hah jelas tak apa yang Kak Dela cuba nak sampaikan, hmm Kak Dela bukanlah dari kalangan orang yang alim atau orang yang pakar dalam ilmu agama cuma ini yang Kak Dela ingin kongsikan selebihnya anda boleh la merujuk pada kitab-kitab yang berkaitan atau para ulama. Okay rasanya itu sahaja yang Kak Dela ingin kongsikan.

#ICAREYOU
AUDELA
Makin Muda Makin Sihat
Setiap Hari 
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *