Skip to content

Bagaimana Mahu Bangkit dari Kegagalan?

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera Audela lovers. Admin pasti ramai antara kita pernah melalui kegagalan dalam hidup kan? Hidup umpama roda kadangkala kita di atas, dan kadangkala kita di bawah. Kegagagalan seseorang individu itu mungkin melibatkan kerjaya, akademik, percintaan dan sebagainya. Ada sesetengah individu terus hanyut dan jatuh dengan kegagalan. Tetapi ada juga yang bangkit dan lebih berjaya dengan kejayaan. Jom kita semak bagaimana cara untuk bangkit dari kegagalan.

 

1. Belajar untuk menerima kenyataan

Memang benar kegagalan bukan satu perkara yang mudah untuk diterima bagi sesiapa yang menghadapinya. Mungkin ada yang telah melaburkan banyak wang ringgit, kehilangan orang yang tersayang dan telah mengorbankan sepenuh masa dan usaha untuk sesuatu namun tetap juga menemui kegagalan. Namun begitu, kita harus tenang dan belajar untuk menerima kenyataan  dan menganggap setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

2. Kaji kekuatan dan kelemahan sendiri

Kadangkala melalui kegagalan, barulah kita dapat lebih mengenali diri kita sendiri. Baru kita dapat mengetahui dimana kelemahan dan kekuatan diri kita. Selain itu, kita juga boleh bertanya dengan orang terdekat kita akan kelemahan dan kekuatan kita dan pandangan mereka tentang diri kita. Dengan cara itu, kita dapat muhasabah diri sendiri dan mengetahui punca kepada kegagalan kita dan kekuatan kita dapat digunakan untuk bangkit dari kegagalan.

3. Sentiasa berfikiran poitif dan realistik

Apabila gagal, pelbagai kata-kata dan perasaan negatif pasti akan menghantui diri kita. Itu salah satu faktor kita sukar untuk bangkit dari kegagalan. Jadi kita perlu sentiasa berfikiran positif walaupun ia bukan satu perkara yang mudah. Kata-kata itu kan satu doa. Jadi selalulah cakap dan fikir yang positif. Menyuntik elemen positif juga mampu memberikan semangat dan tenaga baru untuk kita terus bangkit. Kita juga perlu berfikiran realistik supaya kita mampu mencapai impian kita.

4. Mendampingi orang yang positif dan berjaya

Tips ini merupakan antara tips yang penting. Pastikan kita bergaul dengan golongan yang positif dan boleh membimbing kita. Bukan yang membuatkan kita terus jatuh dan semakin lemah. Dampingi orang yang menyokong usaha kita dan tidak merendah-rendahkan kita. Mereka inilah yang dapat memberi nasihat yang membina supaya kita terus bangkit dari kegagalan. Selain itu, jika kita mendampingi orang yang berjaya, ia dapat memberi kita semangat untuk terus berusaha supaya menjadi  berjaya sepertinya.

5. Sentiasa bersyukur, solat dan berdoa

Mungkin kita kadangkala terlupa untuk bersyukur kepada Allah akan segala rezeki yang telah dikurniakan kepada kita. Kadangkala jika kita berada diatas, kita seringkali terlupa untuk bersyukur kepadaNya. Setelah kita berusaha, jangan lupa berdoa untuk meminta pertolongan Allah supaya diperkenankan segala hajat kita. Jangan lupa juga untuk solat 5 waktu pada awal waktu kerana itu tanggungjawab kita sebagai muslim sebagai hambaNya. Jadi, mulai hari ini, sentiasa bersyukur, solat awal waktu dan berdoa supaya diberikan rezeki yang berkat olehNya.

 

Itu sahaja tips untuk kali ini. Jadi, terus bangkit dari kegagalan dan semoga kita smua terus kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa minum Audela untuk tubuh badan yang cantik dan sihat tau. Assalamualaikum.

 

audela-bottle

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Whatsapp Us!