Kulit rata-ratanya sering mengalami pelbagai masalah disebabkan hilangnya lembapan pada kulit. Kita sering terdedah pada suhu dan cuaca ekstrem samada ‘indoor’ ataupun ‘outdoor’. Contohnya; air-cond, udara tercemar, sinar UV dan lain-lain.
Bagaimana untuk kekalkan keremajaan kulit meskipun dengan cuaca dan gaya hidup kita ni??
Caranya boleh gunakan minyak kelapa untuk rawatan di rumah.
Antara kegunaan minyak kelapa untuk merawat kulit:
- Sapu pada tompok-tompok penuaan – untuk menyamarkannya
- Sapuan selepas cukur/”shaving” – untuk kembalikan kelembapan kulit. Mengurangkan inflamasi pada kulit selepas mencukur .
- Rawat masalah botak -Amalkan 3 kali sehari sebelum tidur dengan mengurut pada kepala.
- Parut kesan terbakar – sapu pada kesan terbakar
- Disengat serangga – sapu pada kawasan tersengat dengan serangga (lebah/ tebuan/kerengga)
- Lebam – sapu pada kawasan lebam.
- Skrub badan – campur dengan garam dan gosok pada kulit. Kemudian bilas. Boleh juga ditambah dengan aroma haruman untuk lebih relax~
- Kelemumur – minyak kelapa bersifat melembabkan. Dengan kulit kepala yang lembab, risiko kelemumur akan berkurang
- Cradle cap – tompok seperti kurap atau tanda-tanda kedutan di kulit kepala bayi. Cara menghilangkan nya, sapu minyak kelapa di kepala bayi sehari sekali.
- Bibir merekah – sapu pada bibir untuk melembapkannya. Bibir yang lembap akan kelihatan sihat, menawan sentiasa
- Anti-oxidant
- Anti-karsinogenik
- Anti-jangkitan
- Tidak bertoksin atau membahayakan manusia dan haiwan
- Meningkatkan keberkesanan serapan nutrisi
Sumber: Health Online Central
Kandungan 17 herba aktif dalam formulasi Audela memberikan maanfaat berganda untuk merawat masalah kulit anda. Mudah lagi effektif kan? Hanya Audela!
Jom kongsikan tips bermanfaat ini bersama !
-AUDELA-