Hai sis!
Sis, setiap orang…mesti ada sesuatu objek yang dia takut nak sentuh…takut nak tengok…takut nak cuba…kan?
Contohnya kawan Dela..
Dia memang takut naik roller coaster dan benda-benda permainan jenis funfair macam tu. Katanya sebab dia pernah tengok macam-macam insiden merbahaya dengan benda tu. Dan katanya kita tak boleh control permainan tu…kita hanya berserah pada risiko. So dia takut
Ada jugak yang takut dengan kucing. Masa kecik-kecik dulu pernah kena cakar. So sampai besar dia takut kena cakar kucing.
Macam-macam jenis ketakutan kan…
Cuma ada satu lagi kawan Dela…dia punya ketakutan paling unik.
Unik sebab benda yang dia takutkan sangat tu tak berbahaya dan tak mencakar pon…
Nak tahu dia takut ape…?
Dia takut dengan penimbang..
Whuttt??
Tak yah nak wuttt wuttt sangat eh….ntah-ntah sis pon sama kan hihihi…
Ye la…takut dengan nombor yang ditunjuk dekat penimbang tu… macam melampau je…
Apesal berat sangat tah…?! Macam tipu je…
Takut sangat dengan penimbang. Bila panggil suruh timbang berat je mula lah mengelak…buat-buat bz la. Buat-buat lupa lah. Buat-buat segan..malu lah.. padehal selama ni tak tahu malu pon..kan! hahaha
Sebab apa.. bila penimbang tu tunjuk je bacaan berat….dia rasa bacaan tu macam melampau. Berat sangat…
Pastu mula lah…terasa obese…mula dah bayangkan macam-macam malapetaka seolah-olah bakal menimpa diri.
Cop cop cop…!
Betul ke kalau berat badan berlebihan, kita obese…?
Betul ke kalau nak kurus kena capai BMI yang paling ideal ??
-Well ye lahh….!
Well….TAK.
Tak semestinya.
Kalau mengikut BMI, habis semua berat dikira termasuklah air, tulang dan otot dan lemak.
Ukuran macam ni tak cukup tepat…
Sebab tu lah kadang kadang u dah ok tapi u still rasa diri u gemuk sebab berat badan lebih.
Meh Dila nak bagitahu. Mengikut istilah pula, berat badan yang berlebihan daripada saiz kerangka badan ideal disebut overweight.
Manakala obesity pula ialah keadaan dimana lemak dibadan yang berlebihan.
So untuk ukur kegemukan. Lebih baik ukur lemak. Kan?!
Cuba tengok ahli sukan dan ahli bina badan. Berat badan mereka boleh jadi je lebih sebabkan jisim otot, tulang dan air dalam badan yang lebih berbanding biasa. Tapi mereka tak obese.
Jadi jelas dekat sini…penimbang bukan lah alat untuk ukur obesiti atau kegemukan. So jangan takut dengan penimbang dah k..
Ada alat lain yang u boleh takut. hihihihik
So, cara terbaik untuk ukur obesiti ialah dengan mengukur ketebalan lemak. Dari situ baru lah kita dapat tahu. Berapa banyak lemak kita perlu kurangkan. Berapa jauh kita dah progress.
Barulah plan dan usaha kita jadi effektif ! Baru lah berkesan.
Dekat mana nak ukur ? Macam mana nak ukur tu ?
Caranya simple:
- sebelum mula rutin melangsingkan badan,
– ambil ukur lilit bahagian lengan, peha dan perut
– jadi ukuran tu sebagai rujukan (penanda aras, kemajuan sis)
So bila kita guna alat dan teknik yang betul. Baru lak nampak hasil sebenar. Ye kan!
Selamat maju jaya! Klik SINI kalau nak tahu 5 kesilapan BESAR tak boleh kurus.
Jom kurus sihat,
–AUDELA–