Skip to content

Ibu Hamil, Kena Jaga Makan..Kalau Tak..!

  • by

Saat menjadi bakal ibu adalah saat yang paling indah dan berharga. Juga saat cemas bagi wanita, terutamanya bagi baby pertama! Betul kan?!

Risau..dengan kesihatan baby dalam perut. Cukup makan ke baby? .. Baby buat apa tu? ..

Risau kan kondisi baby.. Itu semua normal. Tapi, ibu jangan lupa kesihatan dan pemakanan ibu sendiri juga ! Penting taw!

 Artikel ini bakal mendedahkan kesan-kesan yang bakal berlaku apabila seorang ibu hamil kurang makan. Kerana tiada selera dan sebagainya..

 

 

Situasi ibu hamil kadangkala membuatkan dirinya tak lalu menjamah makanan. Dan masalah ini sememangnya menjadi lumrah dan cabaran buat ibu hamil.  Namun, KITA KENA KUAT !

Kenapa??

Kerana, ketidakcukupan nutrien dan kelaparan bukan sahaja menjejaskan kesihatan si ibu, bahkan sangat merbahaya terhadap baby dalam kandungan.

Nutrien dalam tubuh ibu akan disalurkan terlebih dahulu kepada bayi dalam kandungan. Jika ibu kurang makan, tahap kesihatan kesihatannya akan merudum. 

Sebab itu lah, faktor pemakanan sangat perlu dititikberatkan sewaktu hamil.

Terlepas satu meal sahaja boleh menyebabkan si ibu lemah, meskipun satu meal tidaklah begitu mengganggu kesihatan.

Namun jika situasi ini berlaku berulangkali??

 

Tidak makan atau kurang makan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

 

Dilampirkan 5 kesan utama yang akan berlaku jika si ibu tidak makan ataupun makan tapi dalam jumlah yang sangat sedikit.

 

1. Kecacatan Sewaktu Lahir

Kurangnya nutrien-nutrien yang mencukupi akan membantut tumbesaran bayi dalam kandungan terutamanya sistem saraf dan otak. Sebagai contoh yang lebih mudah, bayi yang mempunyai tulang dan gigi yang lemah adalah disebabkan kekurangan kalsium semasa di dalam rahim.

 

2. Bersalin Ketika Bayi Pra-matang

Beberapa kes bersalin sewaktu bayi pra matang adalah disebabkan ibu tidak makan. Tidak makan yang berpunca dari berpuasa dalam tempoh yang lama atau kebuluran mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk keguguran atau lahir tidak cukup bulan.

Meskipun berjaya bersalin dalam keadaan tidak cukup bulan, bayi itu masih dalam risiko masalah hati dan jantung yang serius. Hal ini terjadi disebabkan bayi itu tidak membesar dengan secukupnya.

 

3. Susu Ibu Sikit

Menurut Mayoclinic, berat payudara ibu hamil akan .bertambah sebanyak 1 kilogram sebagai persediaan untuk menyusu bayi baru lahir nanti. Namun, bagi ibu yang tidak makan dengan betul sewaktu mengandung, dia akan kekurangan lemak yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Bagi ibu yang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, susu yang dihasilkan sangat kaya dengan vitamin-vitamin, zat besi dan nutrient yang membantu bayi membesar dengan sihat dan kuat. Sebaliknya, ibu yang tidak cukup makan akan menghasilkan susu yang sedikit, berkualiti rendah dengan kandungan nutrien yang sangat sedikit.

 

4. Kesihatan Ibu Hamil Rendah

Kekurangan darah merah dalam badan antara masalah yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung jika tidak makan atau kurang makan. Merujuk kepada American Congress of Obstetricians and Gynecologists, tanpa bekalan nutrien dan zat besi yang mencukupi, si ibu tidak dapat menambah darah merah dan situasi rendah darah merah dikenali sebagai anemia akan berlaku.

Anemia akan membuatkan si ibu lemah, kekurangan oksigen dan fokus yang berpunca dari zat besi ibu akan diberikan kepada kandungan bayinya untuk hidup.

 

5. Pembentukan Rongga Gigi

Sewaktu si ibu tidak makan atau tidak cukup makan, segala keperluan tulang belulang bayi dan diambil daripada si ibu. Ini bermakna kalsium si ibu akan dipindahkan kepada bayi. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kalsium ibu akan semakin berkurang sehingga berlakunya pembentukan rongga gigi.

 

Penjagaan pemakanan yang seimbang dan sihat penting untuk memastikan baby  lahir dengan sihat dan kuat.  Jadi mommy! Jaga pemakanan dari awal ok!

 

Pastikan sis cukup nutrient dari awal lagi ! Dan selepas melahirkan. Dengan AUDELA!

Kerana AUDELA juga membantu para ibu! Klik SINI untuk ketahui info tentang minum AUDELA sewaktu hamil

Share artikel bermanfaat ini dengan yang lain ! Dan Jangan lupa share dengan  bakal-bakal ibu yea! 😉

 

love,

-AUDELA-

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Whatsapp Us!