CARA-CARA BUAT COFFEE DALGONA

  • by

Hai Audela Lovers 😘

Wow, harini semangat Kak Dela nak buat blog lain macam sikit uolss, maklumlah harini Kak Dela nak buat blog tentang coffee yang tengah viral tu.. hihiii🤭.. Kak Dela pun baru dapat tahu yang coffee dalgona ni mula viral di tiktok, maklumlah Kak Dela ni tak main tiktok, Kak Dela selalu tengok dekat intagram je huhu.. Dah sekarang Kak Dela nak share sikit cara-cara nak buat coffee dalgona.

Sebelum ni Kak Dela tengok kawan-kawan Kak Dela update status gambar coffee dalgona ni, macam susah je nak buat. Bila Kak Dela Tanya kawan-kawan, rupanya senang je uols. Semua bahan boleh didapati dalam dapur korang je😆.

Bahan bahan :

  1. Serbuk Kopi / nescafe (Kak Dela guna Mocha ft 😁)
  2. Gula
  3. Susu segar
  4. Air panas / suam
  5. Ais (pilihan anda)

(https://sethlui.com/wp-content/uploads/2020/03/Dalgona-Coffee-1.jpg)

Step 1

Masuk 2 sudu besar kopi/nescafe kedalam bekas(kalau boleh mangkuk), kemudian 2 sudu besar gula, 2 setengah sudu besar air panas. Selesai campurkan ketiga bahan tersebut, Gaulkan sehingga jadi kembang / gebu . gaul menggunakan guna sudu atau mixer. Kak Dela guna mixer senang dan cepat sikit. Tapi kalau korang bosan sebab kena kuarantin gunalah sudu hihi 😆.

Step 2

Masukkan susu segar kedalam gelas atau cawan dan ais ( pilihan korang nak letak ais atau tidak). Kak Dela letak ais, maklumlah musim panas-panas pasti la nak ais kan 😉 . Kemudian masukkan kopi /nescafe yang sudah kembang tadi kedalam gelas yang sudah berisikan susu.

Haa kan dah siap!. Senang kan Korang, rasa macam coffee mahal gitu. So Yummy  . Soo korang boleh la cuba dekat rumah tu ye, masa-masa kawalan pergerakan dalam rumah inilah paling sesuai nak cuba semua benda kan. Kak Dela letak dalam Shaker Audela, senang nak kacau, Shake shake je uolss 😘 Selamat mencuba😚

 

#ICAREYOU

#IMOCHAU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *