Manfaat

Jom Ketahui Pelembab Apa Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda.

╰☆☆ 𝓐𝓢𝓢𝓐𝓛𝓐𝓜𝓤𝓐𝓛𝓐𝓘𝓚𝓤𝓜 ☆☆╮

ლ(╹◡╹ლ)

Nak tahu tak apa rahsia wanita korea mempunyai kulit wajah yang mulus dan bersih? Mesti ada kan dekat sini yang meminati drama korea. Kak Dela pun layan juga drama korea ni hihihi ♥‿♥. Setiap kali tengok kulit muka diaorang yang licin tu mesti Kak Dela tertanya-tanya apa rutin penjagaan muka yang diaorang lakukan untuk dapat kulit bersih macam tu?

 

Cari punya cari akhirnya Kak Dela jumpa rutin penjagaan muka wanita korea. Agak-agak berapa steps ye yang diaorang lakukan setiap hari untuk penjagaan muka sahaja? Bukan 3, bukan 5 tapi 10 steps tau!! Terkejut Kak Dela bila tahu semua step-step tu. Meh sini Kak Dela list kan semua steps untuk anda semua.

Image result for step by step face care routine

RUTIN PENJAGAAN KULIT WANITA KOREA

1- Makeup Remover / Oil Cleanser

2-Pencuci Muka Jenis Foam**

3-Scrub / Exfoliator

4- Toner**

5-Essence

6-Serum

7-Sheet Mask

8-Eye Cream

9-Moisturizer**

10-Night Cream/Sunblock

Read More »Jom Ketahui Pelembab Apa Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda.

Tak Sangka Oat Mempunyai Banyak Manfaat Untuk Kulit!!

Pernah tak anda menggunakan produk skincare atau produk kesihatan yang mengandungi Avena Sativa/strigosa atau lebih dikenali dengan Oat? Kalau anda semua nak tahu Avena Sativa/strigosa ni telah banyak digunakan di dalam produk penjagaan muka dan juga produk-produk kesihatan. Tahukah anda banyak research berkaitan dengan Oat telah dijalankan dan mereka menyatakan Oatmeal adalah produk semulajadi yang memegang rekod keselamatan yang sangat baik dan mempunyai sejarah dalam rawatan penyakit, terutama dalam bidang dermatologi. Oatmeal mempunyai sifat antioksida dan anti-radang.

Sumber : Oatmeal In Dermatology

Apa yang membuatkan oat ni mempunyai sifat antioksida dan anti-radang?

Meh sini Kak Dela explain kat anda semua. Oatmeal mempunyai pelbagai jenis fenol. Fenol ni berfungsi untuk melepaskan aktiviti antioksidan dan juga anti-inflamasi. Avenathramides pula adalah sebatian fenolik. Terdapat kira-kira 300 bahagian per juta (ppm) Avenathramides di dalam oat. Banyak kan? Herm Kak Dela bukan reka cerita tau. Nak tahu tak apa lagi kebaikan Avena Sativa ni? Jom teruskan pembacaan. Kak Dela akan senaraikan 10 kebaikan yang anda boleh dapat dengan Avena Sativa.

♫ Sebagai Pencuci Muka ♫

Image result for oatmeal cleanser homemade

Oat bertindak sebagai pembersih muka yang ringan kerana kandungan saponin. Anda boleh click link di bawah untuk mendapatkan resepi pencuci muka daripada Oat.

Pembersih muka homemade untuk kulit kering

Pembersih muka homemade untuk kulit kombinasi

♫ Sebagai Pelembab ♫

 

Tak hairanlah oat menjadi sebahagian kandungan yang terdapat di dalam produk pelembab di pasaran kerana oat mempunyai kandungan lipid dan kandungan protein yang secara natural mempunyai sifat-sifat humectant, occlusive dan emollient.

♫ Sebagai Scrub Muka ♫

Texture oat yang lembut menjadikannya scrub yang sangat baik untuk kulit sensitif yang tidak boleh bertolak ansur dengan pengelupasan biasa.

♫ Sebagai Anti-Penuaan 

Oat kaya dengan antioksida. Ia membantu melindungi kulit daripada rosak disebabkan oleh sinaran UV, pencemaran, bahan kimia, dan lain-lain. Bagaimana dengan mencuba satu pek muka yang diteliti dan diuji untuk kulit anda hujung minggu ini?

♫ Merawat Kulit Gatal 

Oatmeal koloid sangat membantu untuk megurangkan gatal-gatal dalam pelbagai penyakit kulit dari dermatitis ke jangkitan kulat apabila digunakan untuk pembersihan dan mandi. Untuk mereka yang sedang mengalami masalah kulit gatal mungkin anda boleh mencuba mandian oat untuk mengurangkan kegatalan badan anda? Cubalah di rumah.

♫ Merawat Sunburn 

Oat boleh digunakan untuk melegakan kulit yang sunburn kerana ia mempunyai sifat menenangkan, anti-oksidan, penyembuhan dan melembabkan.  Anda juga boleh melihat  artikel  Petua Untuk Merawat Sunburn.

 ♫ Merawat Eczema ♫

Oat membantu dalam pemulihan kulit eczema dengan cara melembapkan, memulihkan kulit, mengurangkan gatal-gatal, dan mengawal keradangan.

Tips: Anda boleh menambah air suam dengan Oat atau gandum ke dalam tab mandi anda untuk meredakan kulit yang mengalami iritasi atau gatal-gatal pada badan Anda juga boleh menggunakan pembersih muka homemade untuk kulit kering sebagai pencuci badan untuk kulit yang rawan ekzema.

♫ Merawat Psoriasis 

Oat membantu dalam penyembuhan luka psoriasis kerana ia memiliki sifat anti-keradangan.

 Melegakan Atopic Dermatitis 

Beberapa kajian menyokong peranan koloid oatmeal untuk membersihkan dan melembapkan kulit Atopic Dermatitis. Penggunaan oat mungkin mengurangkan keperluan untuk steroid juga!

Tips : Tambahkan oat dan air suam ke dalam tab mandi anda untuk melegakan kulit yang gatal pada anak anda.

 Sebagai Dry Syampoo 

Campuran oat  dan soda bikarbonat boleh digunakan sebagai syampu kering. Taburkan campuran pada rambut anda, biarkan ia menyerap minyak dan sikat keluar campuran tadi.

 

Menggunakan Oat Pada Kulit Boleh Mendatangkan Kesan Sampingan?

Secara generalnya oat selamat digunakan pada kulit. Walau bagaimanapun, beberapa laporan tentang kepekaan terhadap oat telah dilaporkan terutamanya pada mereka yang mempunyai ekzema. Oleh itu, anda harus hentikan penggunaan oat dalam semua bentuk jika anda mengalami kemerahan, kerengsaan atau ekzema anda menjadi semakin buruk selepas menggunakannya.

Sumber dari : Dermatologist Guide

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Read More »Tak Sangka Oat Mempunyai Banyak Manfaat Untuk Kulit!!

7 Keajaiban Tomato

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai orang tahu kebaikan dan kepentingan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk kecantikan dan kesihatan badan dan muka kan? Ia bukan sahaja… Read More »7 Keajaiban Tomato