Selama ini mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menyedari bahawa anda terlalu fokus dalam merawat kulit wajah sehingga terlupa untuk menjaga area kulit yang lain seperti bibir. Sedangkan bibir juga adalah salah satu bahagian yang penting pada wajah kita yang sering kita oleskan dengan pelbagai jenis warna lipstick, di mana jika ianya tidak di jaga dan dirawat akan menimbulkan pelbagai masalah. Salah satunya adalah kekeringan pada kulit bibir. Ditambah pula dengan hobi anda yang gemar bertukar-tukar jenis lipstick. Berhati-hatilah kerana, kulit bibir boleh menjadi sensitif, lebih tipis dan kemungkinan akan menyebabkan rasa perih yang mengganggu keselesaan anda.
Jika anda sedang mengalami masalah bibir yang Kak Dela sebutkan tadi, pastikan anda elakkan dari melakukan perkara-perkara yang Kak Dela share di bawah agar bibir anda kembali sihat dan menjadi lebih kemerah-merahan bak delima. Ada pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kekeringan kulit di bahagian bibir iaitu:
- Kebiasaan Menjilat Bibir
Ini adalah kebiasaan umum yang dilakukan ramai orang apabila bibir mengering. Ramai yang beranggapan apabila bibir mengering, mereka hanya perlu menjilat bibir agar kulit bibir kembali menjadi lembab. Namun hakikatnya kebiasaan inilah yang akan membuatkan kulit menjadi lebih kering. Ini kerana udara luar akan mengeringkan bibir yang dibasahi dengan air liur dan menjadikan kulit bibir menjadi lebih kering bahkan dari sebelumnya.
Jadi sekiranya anda merasakan kulit bibir anda megering, manfaatkanlah pelembab seperti lipbalm. Elakkan dari menjilat bibir anda ya Audela Lovers!
- Mandi Air Panas Terlalu Lama
Saat cuaca menjadi lebih dingin dan sejuk,biasanya mandian menggunakan air yang panas akan menjadi pilihan setiap orang. Namun, tahukah anda, terlalu lama atau sering mandi menggunakan air panas boleh memberikan effect yang buruk pada kulit anda. Suhu air yang tinggi akan menyebabkan lapisan minyak neutral pada kulit akan tersejat dan menyebabkan kulit terasa kering.
Sama juga konsepnya apabila anda menggunakan air panas atau suam untuk mencuci wajah. Area kulit di sekitar sudut bibir akan mudah menjadi kering dan mengelupas.
Baca juga: ELAKKAN PERKARA INI JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING.
- Alahan Pada Produk Rawatan dengan Kandungan Alkohol dan Fragrance
Bagi pemilik kulit sensitif anda perlu berhati-hati dalam memilih produk pembersih mulut mahupun skin care yang diaplikasikan pada area bibir. Kerana kebanyakan produk yang mengandungi alkohol dan fragrance akanmembuat kulit di sekitar area bibir menjadi kering bahkan iritasi. Untuk mengatasi hal ini,Kak Dela nasihatkan agar anda menyemak dahulu kandungan pada produk lip balm, ubat gigi serta sabun pembersih wajah Anda.
Cara Mengatasi Kulit Kering di bahagian Sudut Bibir
Jika Anda sedang mengalami masalah kulit kering pada area sekitar bibir, sebaiknya segera lakukan rawatan agar keadaan kulit tidak menjadi semakin buruk. Berikut adalah pelbagai cara yang boleh anda pilih untuk mengembalikan kelembapan kulit di sekitar sudut bibir:
- Gunakan Pelembap atau Lip Balm
Mengaplikasikan pelembap pada kulit merupakan tindakan pertama yang perlu anda lakukan. Selain produk pelembap biasa, anda juga boleh mengaplikasikan produk lip balm di luar garis bibir untuk bantu melembapkan tekstur kulit. Jika menggunakan produk pelembap, sebaiknya pilih yang tinggi kandungan pelembab dan tidak mengandung bahan yang mudah memberikan efek iritasi pada kulit. Elakkan dari menggunakan pelembab yang mengandungi perasa kerana ia akan mendorong anda untuk menjilat kawasan bibir anda.
- Gunakan Sunscreen
Penggunaan sunscreen tidak hanya terhad pada area tubuh yang terdedah secara langsung dengan matahari, seperti lengan dan kaki. Wajah terutama kulit di bagian luar bibir juga perlu mendapat perlindungan agar tidak kering. Kerana paparan sinar matahari yang terik tidak hanya membuat bibir kering tapi juga area kulit di sekitarnya. Tapi jangan asal pilih produk ya! Pastikan anda menggunakan sunscreen dengan SPF 30 atau lebih.
Untuk entri yang berikutnya Kak Dela akan terangkan kepada anda tentang cara untuk memilih sunblock atau sunscreen yang tepat dengan kulit anda.
- Minum Air putih
Selain menggunakan produk penjagaan kulit bibir, sentiasa memperbanyakkan minum air putih juga antara tips yang penting dalam penjagaan bibir yang kering. Kerana apabila kurangnya cecair dalam tubuh, ianya tidak hanya membuatkan badan dehidrasi tapi juga menjadikan kulit kelihatan lebih kering dan kasar. Jika area bibir sudah tampak kering, anda perlu segera minum air putih dengan sukatan yang sesuai. Atau usahakan untuk minum segelas air setelah anda melakukan rawatan di area mulut seperti memberus gigi dan menggunakan ubat kumur. Jika mudah lupa, manfaatkan saja beberapa jenis aplikasi yang anda boleh muat turun di dalam telefon pintar anda.
BACA JUGA
> KETAHUI APA ITU “SUNBURN” DAN CARA MERAWATNYA.
> ELAKKAN PERKARA INI JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING.
> ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT KERING? BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA?
> HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN KULIT KERING BERUBAH MENJADI GLOWING!!
> KETAHUI CARA YANG BERKESAN UNTUK MERAWAT PARUT JERAWAT.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI
ADORE AGAVE SKINCARE : PENJAGAAN KULIT MUKA YANG LEMBUT PASTI MEMBUATKAN KULIT ANDA TERASA SEPERTI DIBELAI
Follow AudelaBeauty.com
WORTH READING