Nak tahu tak apa tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan korang menandakan yang korang perlu detoks?? Sebenarnya ramai je orang tahu pasal detoks ni cuma tak ambil berat tentang kepentingan detoks dan tak kurang jugak ada yang mengatakan detoks ni palsu je!! Herm Kak Dela nak tanya, korang yakin ke korang boleh melarikan diri dari 80000 bahan kimia yang ada dalam persekitaran kita. Cuba fikir balik. Kak Dela yakin kalau korang boleh nampak jenis-jenis toksin tu masuk dalam badan korang, confirm korang akan fikirkan pasal detoks setiap malam. So artkel kali ini Kak Dela nak cerita apa tanda-tanda badan korang memerlukan detoks .
Nak tahu tak apa tandanya? Jom baca kat bawah ni ….
*Jika korang mempunyai 4 atau lebih tanda-tanda di bawah ini maksudnya hati korang memang tengah sesak dan perlukan rehat. Berapa banyak tanda-tanda yang korang lihat dalam tubuh anda dalam tempoh 3 bulan yang lalu?
-
Berat badan susah nak turun
Ni tanda untuk pembaca yang tengah berdiet kat luar sana. Kalau korang da cuba bermacam-macam jenis diet tapi berat badan korang masih takat tu jugak tak turun-turun maksudnya memang ada masalah dalam badan korang. Mesti korang pernah alami kan perkara ni. Bersusah payah bersenam, jaga makan semua tapi macam tak ada hasil. Bila berat badan susah nak turun, kita punya motivasi nak kurus pun semakin berkurang. Betul tak? Akhirnya kembali kepada gaya hidup lama. Tak best la kan macam tu. So bila korang ada tanda yang macam ni Kak Dela sarankan korang detoks dulu badan tu. Bersihkan organ dalaman baru lah diet kita menjadi.
2. Rasa teringin nak makan benda manis
Ha ada tak korang rasa macam teringinnnn sangat nak makan benda yang manis. Asyik terbayang je dalam kepala tu benda manis sampai terliur dibuatnya. Kalau buah-buahan tak apa. Ni teringin nak minum air bergula lah, donut lah. Macam-macam. Jaga-jaga mungkin badan korang memang dah bertoksin. Baik korang bertindak cepat.
3.SEMBELIT DAN SUKAR NAK MEMBUANG
Semua tahu kan masalah sembelit tu apa. Sama je sembelit dengan sukar nak membuang tu. Bahaya tau kalau badan kita mengalami sembelit. Bila kita mengalami sembelit maksudnya kotoran dalam badan kita pun tak keluar lah kan. Bila kotoran tak keluar badan pun rasa tak sedap, perut rasa penuh dan tak selesa. Betul tak? Jadi apa yang perlu korang buat? Detoks la penyelesaiannya.
4. Jerawat dan ruam berleluasa
Toksin yang banyak dalam badan kita akan menyebabkan pertumbuhan jerawat di muka mahupun di belakang badan. Kalau muka korang banyak jerawat, selain dari faktor kulit sensitif, badan yang bertoksin juga menyumbang kepada masalah ini. Badan kita memang tahu masalah yang dia hadapi sebab tu dia tunjukkan tanda-tanda supaya kita sedar bahawa badan kita sebenarnya perlu berehat dan membuang segala toksik dalam badan. Jadi sentiasa peka dengan perubahan pada anggota badan korang keyh.
5. Lidah berwarna kuning atau putih.
Ok sekarang cuba korang berdiri depan cermin dan perhatikan warna lidah korang. Warna merah kemerahan atau tidak? Kalau lidah korang warna kemerahan maksudnya lidah korang sihat, tapi kalau sebaliknya iaitu warna kuning atau putih itu memberikan tanda bahawa badan korang bertoksin. Errr Kak Dela sarankan korang cepat bertindak ok? Jangan biarkan je masalah ini sehingga menyebabkan mulut korang berbau. Semua orang pun jadi tak selesa nak bercakap dengan kita.
6, Badan mudah lesu dan tak bertenaga
Ada tak korang rasa macam tak bermaya sangat. Rasa lesu walaupun baru je bangun pagi. Patutnya bangun pagi badan rasa segar, bersemangat tapi korang?? Mengantuk tak habis-habis. Haa tu tandanya badan korang penuh toksik dan racun!!
7. Insomnia atau sukar nak tidur malam
Sekarang ni memang ramai sangat yang mengalami masalah nak tidur malam gara-gara gadjet dan telefon pintar. Tapi macam mana pula kalau korang tak bermain pun dengan gadget tapi masih mengalami masalah sukar nak tidur?? Pusing kiri, pusing kanan masih juga mata ni taknak lelap. Kalau Kak Dela memang Kak Dela rasa stress sangat kalau tak dapat tidur. Siang dah penat bekerja malam tak boleh nak tidur pulak. Salah satu puncanya sebab badan penuh toksin. Toksin didalam badan menyebabkan masalah kita susah nak tidur malam.
8. Sensitif terhadap bau kimia
Kimia kat sini bukan lah kimia yang memudaratkan. Apa yang Kak Dela maksudkan adalah kepekaan deria bau korang terhadap wangian. Wangian akan membuatkan korang rasa pening kepala. Ni pun salah satu tanda tau. So jangan ambil ringan.
9. Mood tidak menentu
Haaa sape yang kerap moody tu?? Marah-marah tak kira masa. oppsss… Tu tandanya korang kena detoks tau!!
10.Makan supplement tapi tak ada kesan pun
- DETOX
- SLIMMING
- WHITENING
- ANTI-AGEING
- VITALITY
Berminat nak dapatkan Audela, tetapi tak tahu caranya?? Click je link ni >>>Saya nak dapatkan Audela sekarang. Kami akan response secepat yang mungkin 🙂
Baca Juga : 5 Resepi Air Detoks. Yang Membantu Menghilangkan Berat Badan Anda Dengan Cepat.