JENIS KEPUTIHAN WANITA DAN CARA MENGATASINYA

  • by

(sumber : https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/batuk-penyakit-pernapasan/keluar-kencing-saat-batuk/)

 

Hai Audela Lovers ❤️

 

Harini Kak Dela nak tanya korang. Korang pernah tak gatal-gatal apabila datang keputihan? Sampai nak buat aktiviti harian pun rasa terganggu kan. Kadang gatal sampai terluka , bila terluka nak mandi pun tersiksa betul tak 😖. Korang bila jadi camni, pasti fikir macam ni kan:

 “kenapa keputihan aku ni gatal ehh?”

 “aku buat apa eh sampai keputihan aku ni gatal?”

Haa meh  Kak Dela menjawab persoalan yang sering berlegar dalam kepala korang tu semua🙂. Sebenarnya keputihan mempunyai banyak jenis tau. Apa je jenis keputihan ni? jom Kak Dela bagitau.

 

 Jenis Keputihan dan puncanya:

1.       Berwarna jernih dan tidak berbau

·         Keputihan jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid korang. Akan tetapi ketika kita tertekan, keputihan ini juga boleh dihasilkan

2.       Berwarna putih berair dan berbau

·         Keputihan jenis ini kebiasaanya akan gatal sekitar kemaluan dan sakit hendak membuang air kecil. Ianya berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.

3.       Berwarna putih pekat melekit dan berbau

·         Keputihan jenis ini berpunya daripada radang pada serviks dan vagina. Sama seperti macam diatas, ia juga disebabkan oleh jangkitan candida albicans.

4.       Berwarna coklat dan berair

·         Keputihan jenis ini berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh terjadi disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.

5.       Berwarna kuning dan kental

·         Keputihan ini akan mengakibatkan korang rasa gatal pada kemaluan korang dan panas. Ianya oleh kerana jankitan nisseria gonorrhoea.

6.       Berwarna kuning kehijauan, gatal dan berbau

·         Keputihan ini akan membuatkan korang sakit sekitar kemaluan dan mengakibatkan kemerahan pada kemaluan korang. Hal ini mungkin kerana jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis.

7.       Berwarna kemerahan cair dan tidak  berbau

·         Keputihan ini sering terjadi kepada wanita yang baru melahirkan anak. Ianya mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal Rahim atau faraj. Hormon estrogen yang belebihan juga boleh menyebabkan terjadinya keputihan ini.

8.       Berwarna kelabu bergaris merah dan berbau

·         Keputihan ini tidak sering terjadi pada wanita. Akan tetapi kalau korang mengalaminya, berkemungkinan adalah petanda awal untuk terjadinya kanser.

 

Semua yang Kak Dela tulis diatas semua jenis keputihan yang terjadi kepada wanita. Takut tak korang apabila baca  ? . apabila terjadi keputihan yang memberi kesan buruk kepada kita, kita pun rimas kan. Terutamaya kalau keputihan yang membawa penyakit. Jadi apa yang korang perlu lakukan apabila terjadi keputihan yang memberi kesan pada diri anda tu? 

Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan apabila terjadi keputihan yang memberi kesan tu:

 

 1.    Berjumpa Dokter / pakar puan

(Sumber : https://republika.co.id/berita/pmjkgz366/bagaimana-memilih-dokter-ginekologi-yang-tepat)

·         Korang dinasihati untuk pergi hospital untuk mengenalpasti punca sebenar daripada keputihan tersebut dan cara mengubatinya. Korang jangan pandang remeh tau dengan perkara macam ni, memang Nampak macam biasa, tapi kalau dibiarkan boleh memberi kesan yang buruk untuk kita. Terutama jika disyaki kanser (mintak dijauhkan Aamin 🤲.). jadi korang perlu berjumpa dokter terus ye 😘.

 

       2.    Mengamalkan produk kesihatan yang sesuai (pastikan lulus KKM ye)

 

(sumber : https://www.audelabeauty.com/product/adore/)

·         Untuk pengambilan produk, korang perlu pastikan bahawa produk tersebut betul-betul bagus untuk anda dan mempunyai kelulusan daripada pihak KKM tau. Yelah sekarang banyak produk yang tiada kelulusan KKM. Kak Dela risau akan terjadi kesan yang tidak diigini je. akan tetapi jikalau keputihan anda semakin teruk, anda dinasihati berjumpa dengan dokter untuk dapatkan nasihat beliau. Untuk pengetahuan korang, Adore keluaran Audela juga merupakan produk yang boleh mengubati keputihan ni. Jadi tunggu apa lagi, pergi dpatkan sekarang!! 😉.

 

Itu adalah langkah yang anda harus lakukan apabila terjadi keputihan ye. Tapi kepada audela lovers, Kak Dela nak kongsikan juga langkah menggelakkan daripada terjadi keputihan yang teruk.

Cara mencegah daripada keputihan yang tidak diingini:

1.       Kurangkan gula dan amalkan makan yogurt

2.       Pastikan tidur tidur dan rehat cukup.

3.       Makan makanan yang sihat

4.       Tidak garu kemaluan walaupun gatal (Kak Dela faham yang ni memang orang akan putus asa 🤣)

5.       Tidak memakai seluar dalam terlalu lama.

6.       Tidak memakai pantiliner terlalu lama.

7.       Jaga kebersihan tubuh badan.

8.       Elakkan memakai pencuci kemaluan yang mengandugi bahan pewangi.

9.       Elakkan cuci seluar dalam dengan pewangi baju,

 

Itu saja yang Kak Dela boleh kongsikan dengan korang ye. Kak Dela harap korang tidak terjadi keputihan yang boleh memudaratkan kesihatan korang. Kalau korang amalkan cara yang Kak Dela konsikan tu, inshaAllah , kita boleh mencegahnya. Bak kata orang “lebih baik mencegah daripada mengubati”.


Kalau dah terjadi perkara yang tidak diingini seperti kanser, kita nak menyesal pun sudah tidak membantu lagi, kerana semua yang terjadi adalah atas kecuaian kita sendiri. Oleh sebab itu, ayuh kita semua amalkan gaya hidup yang sihat.


(sumber : http://infobanggarenk.blogspot.com/2016/10/apa-itu-keputihan-bagaimana-menanganinya.html)

Assalamualaikum dan Jumpa lagi 💜

 

Sumber

https://id.theasianparent.com/jenis-keputihan

https://siraplimau.com/penyebab-keputihan-pada-wanita/

https://doktersehat.com/penyebab-keputihan-dan-tips-menghindari-keputihan/

https://www.facebook.com/289349204809299/posts/kenali-jenis-jenis-keputihan-puncanya1-berwarna-jernih-tidak-berbau-tidak-gatalk/330671687343717/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *