Produk Kolagen Di Pasaran :
Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri kosmetik, makanan, perubatan dan kesihatan. Pengambilan kolagen kini semakin meningkat dengan kesedaran mengenai kebaikan khasiat kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.
Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diguna untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.
Kesan penggunaan kolagen berbeza bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis dan kadar penyerapan oleh sistem tubuh.
Menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung di dalam produk yang diambil. Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya.
Bagi kolagen bersumberkan lembu, ia perlulah diperoleh daripada lembu yang disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, kolagen yang diekstrak daripada lembu dan ikan juga perlu dipastikan tiada campuran bahan yang meragukan status halalnya semasa pemprosesan.
Lebih mudah bagi pengguna beragama Islam mendapatkan kolagen halal dengan memilih produk yang mempunyai sijil pengesahan halal dan logo halal Malaysia.
Produk yang dipersijilkan halal sudah disemak kandungan bahan ramuannya termasuklah kolagen dan sumbernya. Malah, pemeriksaan di premis pengilang turut dijalankan bagi meneliti aspek berkaitan kebersihan dan amalan pengilangan yang baik.
Di Audela, kami mempunyai produk yang mengandungi kolagen bersumberkan kolagen ikan marin iaitu Audela Ckinz yang mempunyai sijil Halal dan juga telah menjalani ujian Labtest bagi memastikan tiada kandungan merbahaya dalam produk kami