LANGKAH PENCEGAHAN COVID19

  • by

Assalammualaikum semuanya

Guys sekarang seluruh masyarakat dimalaysia bahkan seluruh dunia digemparkan dengan wabak virus terbaru yang dikatakan berasal dari Wuhan Cina. Virus ini dipanggil sebagai CoronaVirus atau lebih dikenali sebagai Covid19 yang dikatakan berasal daripada binatang liar yang dijual oleh warga cina di wuhan. Jadi kali admin nak kongsikan sedikit tentang gejala awal dan langkah menghindari covid19 tersebut.

Bagaimana mahu ketahui bahawa anda dijangkiti virus covid19?

Ayuh kita kenali gegala jangkitan covid19.

  1. Suhu badan melebihi 37 darjah celcius keatas.
  2. Mengalami batuk kering
  3. Mengalami masalah penafasan
  4. Kesakitan atau tekanan beterusan di dada.

Jika anda mengalami semua gejala diatas anda dinasihati untuk pergi ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Bagaimana langkah penjagaan untuk menghindari covid19?

  1. Elak sentuhan muka
  • Elakkan dari bersentuhan muka agar dapat mengurangkan risiko dari penyebaran penyakit
  1. Jangan kongsi minuman dan makanan
  • Hindari dari berkongsi makanan ataupun minuman degan orang lain agar kualiti kebersihan terjamin
  1. Elak makan makanan mentah.
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
  1. Elak dari melawat ke lading haiwan.
  • Elakkan dari melawat ke lading haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelih haiwan atau menyentuh sebarang haiwan.
  1. Cuci tangan selalu.
  • Kerap cuci tangan menggunakan sauna tau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  1. Pakai penutup mulut dan hidung.
  • Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung (mask) sekiranya mengalami gejala.
  1. Menjaga kebersihan diri.
  • Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
  1. Jarakkan diri sekurangnya 1 meter dari gejala.
  • Jarakkan diri anda sejauh 1 meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.

Langkah penjagaan covid19 daripada kanak-kanak

  • Sentiasa memastikan anak-anak sering mencuci tangan dengan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  • Hindari anak-anak anda daripada orang yang kelihatan sakit dan bergejala
  • Memastikan kawasan dipersekitaran sentiasa dalam keadaan bersih. Bersihkan benda-benda yang sering disentuh oleh anak-anak seperti pintu, meja , mainan dan sebagainya.
  • Sebagai ibu bapa atau orang tua, hindari kebiasaan daripada memegang atau mencium anak-anak.
  • Sebagai ibu bapa atau orang tua, apabila keluar dan selepas kembali kerumah terus bersihkan diri dan ganti dengan baju yang baru.
  • Tidak membawa anak-anak ke tempat awam seperti shopping mall, pasar malam dan sebagainya.

Apakah kesan covid19?

Kesan covid19 amat berisiko terhadap orang berumur 50 tahun keatas, orang yang mempunyai penyakit sampingan seperti sakit jantung, kanser, asma dan sebagainya dan kanak-kanak kecil baru lahir. Pada maklumat terkini yang sudah dikemaskini oleh WHO (World Health Organization) pada 17 March 2020 lebih daripada 7000 orang sudah meninggal dunia akibat daripada covid19. Dan covid19 ini sudah disahkan oleh WHO sebagai pandemic

(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/10/apakah-perbezaan-istilah-wabak-pandemik-endemik-dan-epidemik/)

Tuntasnya covid19 merupakan satu wabak yang sangat perlu diambil berat oleh masyarakat. Ini bukan masanya untuk kita suka-ria bercuti, mandi-manda di sungai , membeli-belah dan sebagainya. Tiada istilah

Ehh, rilek lahh kat sini bukannya ada kes lagipun”

“kita orang muda, badan sihat pasti susah nak dapat penyakit”

“elleh demam je”

Jangan disebabkan kelalaian kita orang lain yang merana. Ayuh kita bersama-sama mencegah covid19. #stayathome

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *