Skip to content

Pasaran Produk Kecantikan Sentiasa Besar

  • by

Apapun perniagaan yang anda jalankan  pastinya anda mempunyai pesaing. Sama ada pesaing anda sudah lama bertapak dalam pasaran atau pesaing baru yang baru bermula.

Perkara yang anda perlu tahu ialah jangan menganggap pesaing anda sebagai satu perkara negatif. Dengan adanya pesaing banyak strategi bisnes yang anda boleh belajar daripada perniagaan mereka. Dengan cara ini anda boleh menambahbaik servis atau perniagaan anda.

Kita lihat dalam konteks bisnes produk kecantikan dan kesihatan. Di luar sana terdapat beribu perniagaan produk kecantikan yang berada dalam pasaran internet. Pelanggan kini boleh memilih dengan sesiapa sahaja mereka berurusan.

Perniagaan produk kecantikan terutama dalam pasaran offline seperti kedai jamu juga banyak di luar sana. Jadi persoalannya bagaimanakah kita boleh memasuki lubuk pasaran bisnes produk kecantikan?

Caranya adalah anda boleh menambahbaik servis anda. Sebagai contoh, apabila sesebuah perniagaan produk kecantikan syarikat A sudah tepu (terlalu ramai pelanggan) maka banyak masalah kelewatan produk kepada pelanggan.

Jadinya sebagai usahawan produk kecantikan anda boleh mengambil peluang untuk mengatasi ‘ikan besar’ ini dengan tagline ‘hari ini anda order hari ini kami poskan’ atau sesuatu yang lebih menarik lagi.

Selain itu anda boleh menawarkan pakej-pakej produk yang tidak ditawarkan oleh syarikat kecantikan yang lain. Jika syarikat A fokusnya menjual produk kuruskan badan anda boleh beralih dengan menjual produk pemutihan kulit muka dan badan. Fokus anda mesti kuat.

Juga anda boleh berkreatif dengan melakukan tranformasi pakejing produk anda sendiri untuk kelihatan lain daripada pesaing anda. Pelbagai lagi strategi jualan yang anda boleh lakukan supaya pelanggan melihat kelebihan yang ditawarkan oleh produk anda tadi.

Dalam perniagaan produk kecantikan dan kesihatan terdapat banyak strategi yang anda boleh lakukan untuk menawan hati pelanggan.

Sebenarnya walaupun semakin hari pesaing semakin ramai namun ini petanda bagus bahawa pasaran produk kecantikan semakin membesar. Jadinya anda tidak perlu melakukan kempen memperkenalkan apa itu produk kecantikan.

Jual sahaja produk untuk cantik yang anda ada dan orang ramai akan respon untuk beli atau tidak. Mudah saja bukan?

Produk kecantikan atau kesihatan adalah produk keperluan. Setiap hari wanita mahu cantik dan mereka mahu dipuji cantik.

Jika anda mahu menjual produk kecantikan anda boleh menjadi stockist atau agent dropship dengan klik pautan ini, <a href=”https://www.audelabeauty.com”>https://www.audelabeauty.com</a>

Banyak peluang menarik menanti anda!

 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Whatsapp Us!