Memang puas hati bila dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit yang penuh keju selambak ni. Anak-anak pun pasti suka bila makan penuh mulut dengan cheese. Lebih-lebih lagi dengan perkongsian resepi, ilmu dan tips buat tart sedap ini dikongsikan oleh penjual tart sendiri yang dibuat niaga. Kalau nak beli sendiri cheese tart ni boleh tahan juga harga pasaran dia. Mak-mak yang penggemar cheese tart kena cuba resepi ini. Tart yang diberi nama Tart Keju Buncit Bersalut Coklat dengan Badam Cincang. Dengar nama je pun dah buat terliur. Jom ikuti perkongsian dari Puan Nur Dayana tentang cara membuat Cheese Tart ini.
Berikut adalah perkongsian resepi oleh Puan Nur Dayana sebagai rujukan:
“Siapa penggemar cheesetart buncit? Nak beli dekat luar pun sebijik RM1.50 ke atas. Ni saya nak sedekahkan resepi yang selalu saya jual… Saya halalkan dunia akhirat ye ❤️️”
Bahan- Bahan:
260gm Butter
100gm Gula Icing
1 Biji Telur
500gm Tepung
1 Sudu Besar Air Sejuk
Sedikit Esen Vanila
Cara Membuat:
1.Kacau butter san gula dalam bekas. Kacau guna tangan je senang.
2.Bila dah sebati masukkan telur.
3.Gaulkan lagi, masukkan pula esen vanila dan air sejuk.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum. Uli sampai jadi doh ye.
5.Bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit, guna api di atas bawah.
*Untuk bekas shell guna saiz 4.5cm. Selepas itu, ambil pisau dan buang lebihan tepung tu.
2. (Krim Cheese)
250gm cheese tatura
1 Sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu iya)
50gm Gula Icing.
Cara Membuat:
1.Putar Cheese sekejap, sampai sebati. Jangan Putar lama nanti cair.
2.Selepas tu masukan gula icing, putar sebati
3.Akhir sekali, masukkan telur putar sekejap.
Cara-Cara Paip Krim Cheese:
1.Masukkan cream cheese dalam piping beg.
2.Paip secara membukit
3.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit.
*Untuk filling apa-apa pun boleh Nutela, strawberry, blueberry. Ni coklat saya beli dekat kedai bakeri je.
*Muka-mula piping akan bertanduk. Tipsnya ambil sedikit air letak di hujung jari, ratakan yang bertanduk tu.
Cara Nak Buat Magnum:
Bahan-Bahan
Coklat Bar (Jenama apa-apa pun tak kisah)
Butter
Badam
Bdam Cincang
Cara Membuat:
1.Double boilkan coklat atas periuk yang telah diisi air sedikit.
2.Bila dah cair coklat masukkan sedikit butter dan kacau sampai pekat. Sejukkan sekejap.
3.Bila tart dah siap bakar, sejukkan dulu baru salut dengan coklat.
4.Bila dah salut dengan coklat, salut pula dengan kacang badam hancur.
5.Kemudian letak dalam peti sejuk.
Try laa.
Puas makan sendiri ❤️️❤️️
Doakan saya selamat bersalin hujung tahun ni ye semua.
Kak Dela : Wow! Menarik kan perkongsian resepi Cheese Tart Magnum Buncit ni. Gebu, cheese penuh! Puas hati makan. Mudah pun mudah. Cuba la buat. Anak-anak pasti suka! Terima kasih kerana berkongsi resepi, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan bersalin nanti. Mak-mak kena cuba resepi ni dirumah. Tengah diet ke tu? Jangan risau. Kalau korang consume Audela setiap hari, korang dah tak perlu lagi nak fikir tentang diet ketat.💋
Sumber Nur Dayana
BACA JUGA :
> 5 KEBIASAAN DI PAGI HARI INI BOLEH MEMBUAT BERAT BADAN ANDA NAIK
> AWAS! SERING MELIHAT FOTO MAKANAN AKAN MEMBUATKAN ANDA GEMUK?
>LAKUKAN GERAKAN MUDAH INI UNTUK KEMPISKAN PERUT YANG BOROI
> TAK PERLU BERHABIS DUIT UNTUK KEKAL SIHAT. HANYA AMALKAN 6 PETUA NI JERR…
> KENAPA BADAN SUSAH NAK KURUS? JOM KETAHUI 8 PUNCA BERAT ANDA TAK TURUN.
AUDELA-MINUMAN PALING EKSKLUSIF DAN MEWAH UNTUK WANITA BERKERJAYA
Follow AudelaBeauty.com |
WORTH READING