SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW BERSERTA DOA DILINDUNGI DARI WABAK COVID-19

  • by

(sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_SAW)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca blog Audelabeauty, kembali lagi bersama saya Kak Dela untuk  harini saya nak berkongsi sedikit tentang sunnah Nabi Muhammad SAW berserta doa untuk dilindungi dari wabak Covid-19.

Anda semua pasti teringat zaman dahulu dari tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah sehinggalah ke universiti mesti ada ustaz ataupun ustazah pernah mengajar subjek Pendidikan Agama Islam. Kak Dela sangat suka mendengar dan mengambil tahu tentang kisah-kisah para Nabi terutamanya Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Haa jadi untuk harini Kak Dela nak berkongsi sedikit tentang sunnah Nabi Muhammad SAW. Terdapat banyak sunnah-sunnah Nabi SAW yang boleh kita ikuti dan lakukan pada kehidupan harian kita. Antaranya ialah seperti berikut :-

1) KETIKA/SEBELUM/SELEPAS MAKAN

 

(sumber dari https://kitaumroh.com/blog/adab-makan-minum-dalam-islam/)

Sebelum makan, Rasulullah SAW membaca “Bismillah” serta makan dengan tangan kanan dan menjilat jari selepas makan. Selain itu, Rasulullah SAW tidak menggalakkan untuk kita meniup makanan atau minuman ketika makan atau minum, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh ketika sedang makan atau minum.

Apabila kita sudah selesai makan jangan kita lupa untuk membaca doa selepas makan dan ucapkanlah “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur kepada Yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

(sumber dari https://tzkrh.com/10-sunnah-nabi-saw-yang-mudah-dipraktikkan-sebagai-amalan-harian/)

2) SEBELUM/KETIKA/SELEPAS TIDUR

(sumber dari https://www.kifarahmedia.com/kenapa-nabi-muhammad-saw-sarankan-kita-tidur-mengiring-sebelah-kanan/)

 

Sebelum tidur, Rasulullah SAW mengambil wudhuk, mengibas-ngibas  tempat tidur sebanyak 3 kali dan kedudukan tidur Rasulullah SAW ialah mengiring di sebelah kanan. Rasulullah SAW akan membaca doa sebelum tidur dan surah-surah ringkas seperti Ayat Kursi, 3 qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas agar dilindungi daripada gangguan syaitan ketika tidur.

Selepas bangun dari tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan dan membaca doa selepas bangun dari tidur iaitu “Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur” yang bermaksud adalah “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan”.

(sumber dari https://tzkrh.com/10-sunnah-nabi-saw-yang-mudah-dipraktikkan-sebagai-amalan-harian/ dan http://rasulullahdihatiku.blogspot.com/2013/03/sunnah-nabi-sebelum-semasa-dan-selepas.html)

 

 3) MASUK/KELUAR DARI TANDAS

(sumber dari https://www.tes.com/lessons/-7QwcjMD8h9cbQ/adab-masuk-dan-keluar-tandas)

 

Sebelum masuk ke tandas, Rasulullah SAW berdoa Allahumma Inni A’uu zubika minal hubusi wal hobaiz” yang bermaksud adalah “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan” dengan kaki kiri.

Selepas keluar dari tandas, Rasulullah SAW berdoa Ghufraanaka” dan “Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii” yang bermaksud “Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku” dengan kaki kanan.

(sumber dari https://tzkrh.com/10-sunnah-nabi-saw-yang-mudah-dipraktikkan-sebagai-amalan-harian/ dan https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-harian/#keluar-tandas)

 

 4) SOLAT MALAM (SOLAT SUNAT TAHAJJUD, TAUBAT DAN SEBAGAINYA)

(sumber dari https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/10/622318/besar-ganjaran-baca-al-quran-dalam-solat-tahajud)

 

Seperti yang kita tahu, solat malam adalah solat yang paling bagus untuk dilakukan serta waktu yang sesuai untuk kita bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT. Kita digalakkan untuk tidur seketika dan bangun semula pada sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat tertentu seperti solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat tasbih.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

(sumber dari https://tzkrh.com/10-sunnah-nabi-saw-yang-mudah-dipraktikkan-sebagai-amalan-harian/ dan https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-harian/#keluar-tandas)

 

5) BERSEDEKAH

(sumber dari https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/08/313305/senyum-serlah-keperibadian-diri)

Rasulullah SAW suka bersedekah kerana besar ganjaran pahala yang Allah berikan. Oleh itu, malaikat juga akan selalu mendoakan sekiranya kita bersedekah pada setiap hari. Jika kita tidak mampu bersedekah dari segi kewangan, kita juga boleh memberikan sedekah hanya dengan memberikan senyum kepada orang lain. Rasulullah SAW sentiasa memberikan senyuman kepada semua dan hal ini membuatkan orang sekeliling senang kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

(sumber dari https://www.behance.net/gallery/22564965/7-SUNNAH-NABI dan https://tzkrh.com/10-sunnah-nabi-saw-yang-mudah-dipraktikkan-sebagai-amalan-harian/)

Seterusnya, Kak Dela ingin berkongsi sedikit mengenai doa untuk melindungi kita daripada wabak Covid-19. Baru-baru ni Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Hal ini berikutan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

Kak Dela berasa amat sedih kepada sesiapa yang menghadapi penyakit Covid-19 ini dan Kak Dela berdoa agar semua pesakit cepat sembuh dan semua rakyat Malaysia dilindungi oleh Allah SWT. Aamiin..

Kak Dela terjumpa satu doa untuk terhindar daripada penyakit Covid-19 iaitu…

“Allahumma inni audzu bika minal barashi, wal jununi, wal judzami, wa sayyi’il asqami” yang bermaksud adalah “Ya Allah, aku berlindungi kepadamu dari penyakit lepra, gila, kusta dan penyakit-penyakit buruk”.

Doa ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih :

“Diriwayatkan kepada kami di kitab Abu Dawud dan An-Nasa’i dengan sanad yang bagus dari Anas–radliyallahu anhu–Nabi Muhammad SAW berdoa, “Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari lepra, gila, kusta, dan penyakit-penyakit buruk”. (HR Abu Dawud dengan sanad sahih.”

Abdul Muhsin Al-Abbad dalam Syarah Abu Dawud menafsirkan kata “sayyi’il asqam” atau penyakit-penyakit buruk dalam hadits ini sebagai ragam penyakit yang membuat buruk rupa dan bahaya pada manusia. Sedangkan M Syamsul Haqqil Azhim Abadi dalam Kitab Aunul Ma‘bud memahami “sayyi‘il asqam” sebagai wabah penyakit seperti tuberculosis, busung air, dan penyakit lain.

(sumber dari https://manado.tribunnews.com/2020/03/25/lafal-doa-agar-terhindar-dari-wabah-penyakit-seperti-covid-19-virus-corona)

Itu sahaja yang Kak Dela nak sampaikan kepada anda semua. Ingat pesan daripada saya, jangan keluar rumah dan duduk dirumah. Lakukanlah aktiviti yang bermanfaat serta ingatlah orang yang tersayang.. Jangan terlalu takut tentang penyakit ini. Allah Maha Besar sentiasa bersama kita dan Dia akan selalu menjaga  dan melindungi kita semua InsyaAllah. Salam sayang dari Kak Dela.. Bye semua 💜

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *