WAKTU TERBAIK UNTUK MAKAN

  • by

(sumber : https://ohbulan.com/waktu-makan-yang-betul-untuk-korang-yang-sedang-on-diet/)

 

Assalammualaikum, Hi Audela Lovers 💕

 

Kak Dela nak kongsikan sedikit tentang waktu pemakanan yang paling terbaik untuk korang makan. korang tahu tak waktu bila yang paling baik untuk makan? ni penting tau untuk kita semua tahu, terutama kepada orang yang nak turunkan berat badan. Jangan la korang nak turunkan berat badan, jaga pemakanan korang tapi waktu makan tak menentu. Macam mana nak kurus macam tu? Korang pasti rasa give up kan bila diet tapi tak kurus-kurus. Korang makan dah ikut kuantiti yang betul , dah tinggalkan gula semua tapi masih berat badan tak turun. Korang tahu taka apa masalahnya ? itu sebab korang tak jaga waktu makan  korang.

Waktu makan ni penting tau untuk kita jaga. Kalau korang makan tidak mengikut waktu makan fungsi fisiologi, berat badan korang boleh naik secara mendadak 😱. Fisiologi ni merupakan fungsi bagaimana bahagian badan tertentu bekerja yang berkait rapat dengan yang lain. Setiap organ badan manusia bekerja sepanjang masa, namun kita perlu tahu waktu-waktu bila organ itu berfungsi supaya seimbang dengan waktu makan dan aktiviti harian kita.

Jom Kak Dela bawak korang tengok bila waktu makan yang sesuai untuk kita menjamah makanan kita 😁

 

 7 a.m – 9 a.m

(sumber : https://bukanaku.com/makanan/923/13-makanan-yang-healthy-people-makan-untuk-sarapan-pagi/#.Xo7ljsgzbIU)

Waktu ini adalah waktu terbaik untuk sarapan, jika tidak sarapan pada waktu ini, metabolisma dalam badan kita akan menurun secara mendadak. Kalau korang perhatikan, kalau korang makan selepas pada waktu sarapan pagi, berat badan korang akan naik walaupun korang hanya makan sekali sahaja pada satu hari. Sarapan memang penting untuk kita menambah kembali paras gula dalam darah. Ia juga untuk membekalkan kita tenaga kepada tubuh badan dan untuk membuatkan otak kita cergas dan cerdas.

 

12.30 p.m – 2.30 p.m

(sumber : https://my.theasianparent.com/makanan-diet)

Sebaiknya korang kalau mahu makan tengahari, korang makan selepas 3-4 jam korang sarapan pagi. Kerana pada waktu ini, badan kita memerlukan tenaga kembali. Makan tengahari sangat penting untuk badan kerana badan kita memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti harian kita. Kak Dela teringat pada waktu Kak Dela belajar dahulu, setiap kali Kak Dela nak kuruskan badan, pasti Kak Dela skip makan tengahari, kononya makan tengahari ni cepat gemuk, jadi kela makan pada waktu petang je. huhuhu.. rupanya Kak Dela bukan bertambah kurus, lagi gemuk adalah huhuhu 😂. Jadi korang jangan ulangi kesalahan Kak Dela ye.

 

3 p.m – 4 p.m

(sumber : http://napikl.blogspot.com/2011/01/minum-petang-sihat-berkhasiat.html)

Kalau korang memang jenis minum atau makan pada waktu petang. Pada waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk korang makan. makan petang ni, tidak mempengaruhui proses penurunan makan kita, akan tetapi korang kena makan pada waktu yang betul kalau tidak mahu berat badan korang naik. Kak Dela pun memang akan ambil makanan pada waktu petang ni, yela pada waktu inilah, kita punya perasaan nak makan tu membuak-buak kan 😋.

 

6 p.m – 9 p.m

(sumber : https://tips–petua.blogspot.com/2015/02/tips-makan-malam-sihat.html)

Untuk makan malam, korang kena berjaga-jaga. Waktu terbaik untuk makan malam adalah pada waktu ini. Akan tetapi korang kena elakkan makan makanan yang berat. Contoh makanan yang baik ialah roti gandum, kekacang, pasta, daging atau ayam keran ia mengandungi komleks karbohisrat yang baik dan juga protein. Korang jangan sesekali makan malam melebihi jam 11 kerana pada waktu ini, hempedu sedang bekerja, jikalau korang makan juga, maka berat badan korang akan naik mendadak😨.

Haa itu semua adalah jadual waktu makan yang sangat terbaik untuk korang makan. kalau korang dah baca ni, korang ambillah buku catat buat jadual huhu. Nanti kalau lupa, boleh la rujuk🤣.. tapi korang kena ingat , kalau berat badan korang naik jangan salahkan Kak Dela pula😅, Kak Dela dah bagi jadual waktu makan yang betul dah tu untuk korang makan. kalau tak menjadi tu, mungkin pemakanan korang pula yang tak betul. Soo Kak Dela pun masih banyak kerja lain yang harus diselesaikan, sampai disini sajalah ye ,, jumpa lagi Audela Lovers 😘.

 

Assalammualaikum.

(sumber : https://www.vecteezy.com/vector-art/148010-typographic-never-give-up-illustration)

Sumber

 

·         https://ohbulan.com/waktu-makan-yang-betul-untuk-korang-yang-sedang-on-diet/

·         https://www.facebook.com/restorenwadisinai/posts/5-waktu-makan-yang-paling-sesuaiwaktu-makan-adalah-waktu-yang-sering-di-nanti-un/1660855510620209/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

   
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *